Tuesday, 10 February 2015

GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2015

 Gotong-Royong Perdana telah diadakan pada :

Hari/Tarikh : Sabtu / 7 Februari 2015
Masa : 7.30 pg

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa 3K sekolah bersama PIBG SK Beradek untuk :

1. Membina susur gajah menuju ke kantin sekolah.
2. Membina susur gajah menuju ke kawasan RMT sekolah.
3. Membina tempat perpustakaan mini rakyat.
4. Membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah dan pra sekolah serta bilik-bilik lain.











Saturday, 7 February 2015

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 SIRI 1/2015

Program Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6 Siri 1/2015 telah diadakan pada,

Tarikh : 30 Januari 2015
Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Komputer SK Beradek.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan maklumat kepada semua ibubapa Tahun 6 tentang Program Intervensi SK Beradek pada tahun ini. Selain itu juga, program ini juga turut memberi peluang kepada ibubapa untuk mengemukakan pendapat dan cadangan bagi membantu pihak sekolah merancang aktiviti yang lebih berkesan kepada bakal calon UPSR 2015.

Slot-slot Program Permuafakatan Ibubapa Tahun 6 siri 1 2015 adalah seperti berikut :


Ucapan Guru Besar SK Beradek
Ucapan YDP PIBG SK Beradek
Pembentangan Analisis UPSR dan Ujian Diagnostik Tahun 6
oleh Penolong Kanan Kurikulum SKB




Pembentangan Aktiviti Program Kecemerlangan UPSR 2015

 


MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015 DAN PENYAMPAIAN BANTUAN BEG SEKOLAH.

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2015 dan Penyampaian Bantuan Beg Sekolah telah diadakan pada :

Tarikh : 30 Januari 2015
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Ceria SK Beradek
Dirasmikan oleh : Encik Ismail Bin Sait (YDP PIBG SK Beradek)

Selain itu,  majlis juga berlangsung untuk penyerahan bantuan beg sekolah kepada murid di tiga buah kampung iaitu kampung Semilang, Kampung Beradek dan Kampung Tiang Api.







Assalammualaikum WBT....



Selamat datang ke Blog SK Beradek Padawan. Syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dan limpah kurniaNYA, Blogspot Sekolah Kebangsaan Beradek dapat dibangunkan pada tahun ini.
Di harap ibubapa, warga pendidik dan masyarakat mendapat manfaat daripada blog ini serta mengetahui dan mengenali sekolah ini secara lebih dekat lagi.

MANSANG TERUS MANSANG

-ADMIN SKB