PERUTUSAN GURU BESAR



  PERUTUSAN 
GURU BESAR SKB



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur ke hadrat SWT kerana dengan izinNya dapat saya menulis sepatah dua kata untuk ruangan portal sekolah ini.
Dalam mendukung usaha membudayakan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), Sekolah Kebangsaan Beradek mengambil langkah membina portal untuk memberi informasi yang terkini di samping mengambil beberapa langkah memperlengkapkan murid-murid dengan dunia IT.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit ICT sekolah yang telah berjaya membina portal untuk tatapan warga sekolah, Ibubapa, murid-murid dan seluruh warga Malaysia dalam menyalurkan maklumat program-program yang telah dijalankan di sekolah.

Akhir kata, adalah diharapkan agar para pengunjung ke portal ini akan mendapat serba sedikit maklumat mengenai sekolah. Semoga portal ini akan memberi manfaat dan dimanfaatkan semua.
Sekian dan terima kasih.

ENCIK MOHAMAD NASSIR BIN SAID,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Beradek,
Padawan YBA 1302.