VISI DAN MISI

VISI KPM

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk

Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi 

Aspirasi Negara


MAKSUD LOGO KPM
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional (Maksud Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM)
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu
Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat
Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi
Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi
Huruf ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia
Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global
Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara
Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan
Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia